Sinopsis Untuk Tiga Hari

Mengisahkan sebuah kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Dua pasangan kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua mereka sendiri. Untuk itu, pasangan kekasih ini telah memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari mereka telah meluangkan masa bersama, mereka mulai sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Jadi, meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin sebenarnya antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka. Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?